Tuesday, November 3, 2009

tersedar dari mimpi

     Indah sungguh mimpi yang singgah tika aku terlena sebentar tadi, sudah lama aku tak dibuai mimpi yg sebegitu. Mimpikan tok wan memang sememangnya suatu yang aku harapkan, malam ini mimpi itu singgah dalam lenaku yang mungkin terlalu rindukan arwah tok wan yang sudah lebih 3 tahun meninggalkan aku.Biar pun mimpi yang singgah cuma sebentar, sudah cukup membuat aku tersedar dan termanggu mengenang kembali segala kenangan pahit manis bersama tok wan.
     Tak dapat ku tahan aliran air mata dari merembes keluar saat terkenangkn semua kenangan lalu, jika mampu aku ingin kembali ke masa lalu. Semuanya terlalu indah, aku sangat rindukan belaian manja dan melihat  senyuman yang terukir di bibir tok wan. Aku juga ingin betulkan kembali segala kesalahan yang telah ku lakukan yang mana pernah mengguris hatinya.
     Masih ku ingat saat aku masih kecil, tok wan tak pernah sekali pun merengus atau marah saat aku mengajak ke kedai  biarpun dia sendiri masih kepenatan kerana baru pulang dari menoreh getah. Semua keletah dan kemahuanku di layannya dengan senyuman, tak pernah dia menghampakan segala permintaan aku.
     Tapi...saat aku telah dewasa dan bekerja, aku jarang pulang menjengah tok wan. Alasan aku, sibuk dengan kerja. Waktu tok wan jatuh sakit, kepulangan aku melawat tok wan bisa di hitung dengan hanya sebelah tangan. Jika ada permintaan dari tok wan saat itu, aku lakukan dengan perasaan dan muka yang tidak menyenangkan hati tok wan. Hingga kini aku masih kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan tok wan yang terakhir ketika arwah masih hidup, suatu yang amat aku kesali dan aku tak dapat memaafkan diri aku mungkin selamanya. Saat aku terpandang di kedai benda yang jadi permintaan tok wan, pasti aku akan menjadi sebak. Ketika orang lain tidak sabar dan bergembira ketika membeli belah saat mahu menyambut lebaran tapi aku sebaliknya, kerana ketika hampir lebaran lah aku gagal menunaikan permintaan tok wan yang terakhir.
     Andainya tok wan masih ada saat ini, pasti akan aku tunaikan segala kemahuannya. Tapi aku sedar, semua yang aku harapkan tak akan berlaku. Hanya yang aku mampu lakukan hanyalah cuba memperbaiki dan mengingati diri agar tidak melakukan perkara yang sama terhadap orang2 kesayangan aku yang masih hidup. Buat tok wan, apa yang aku mampu lakukan saat ini hanya mengirim bekalan buat tok wan di alam kubur..

                                                         Al - Fatihah....
   

Monday, February 23, 2009

mengapa yahudi bijak..??

Baru2 ni aku terbaca satu artikel tentang tesis yang dibuat oleh Dr. Stephen Carr Leon tentang mengapa orang2 yahudi ni bijak dan berjaya, harap2 boleh di jadikan panduan dan iktibar kita.

..................................................

Petikan dari Dr. Stephen Carr Leon berbunyi begini :

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk di jadikan tesis ini, iaitu mengapa yahudi bijak? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak unuk melakukan tesis untuk Phd saya, di samping untuk kebaikan umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa selama lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data2 yang setepat mungkin. Antara data2 yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang ibu sedang mengandung, pertama sekali saya perhatikan ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Kemudian ibu dan bapa akan membeli buku mataematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya minat tentang matetmatik tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, " ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau. semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau yang seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik dan boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan. Adalah adat orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu2 yang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Orang2 yahudi gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Merokok ??

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah yahudi,jangan sekali-kai merokok dan tanpa malu mreka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama otak manusia dan akan melekat pada genenetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi cacat otak (atau lembab). Satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA.

Pendidikan

Pemerhatian selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak2 tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacangbadam. Diikuti dengan menelan pil minyak ikan code. Di dalam pengamatan saya, kanak2 yahudi sungguh bijak dan rata2 mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak2 yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dalam pemerhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak2 di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut kajian , memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid2 ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius. Apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek yang mana hanya akan lulus jika 1 kumpulan (10 pelajar) dapat keuntungan sebanyak USD 1 juta! Anda terperanjat? itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik yahudi, maka tidak hairanlah ia menguasai perniagaan dunia!

Siapakah yang mencipta design Levi's yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Ibadah

Pernahkah anda lihat cara orang yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat megaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak ugama lain di timr tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? kegemaran mereka ialah sushi ( ikan mentah ). Adakah ianya satu kebetulan? Fikirkanlah?

...........................................................

So aku rasa setakat ni je lah yang mampu aku bagitau pasal tesis ni, bagi aku yang mana yang baik tu kita jadikan teladan and yang mana yang buruk tu kita jadikan sempadan. Lagipun bagi aku kebanyakan yang diorang amalkan ni sama gak macam sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Cuma kita jer yang kadang2 terlupa, tak tau atau tak pernah nak amik tau pasal sunnah nabi junjungan kita ni. Cuba bayangkan kalau kita amalkan sunnah nabi ni bersama dengan bacaan Al- Quran dan sebagainya, InsyaAllah mesti generasi muslim akan datang bertambah bijak dan bertaqwa.. au revoir........

Friday, February 20, 2009

at last...

aku selalu perhatikn sorang kawan ni yang aku anggap macam family aku gak, dia slalu tulis luahan hati dia dlm blog.. tak kira la time dia happy or having problem, sume die tulis dalam blog.. dalam diam2 aku slalu baca blog dia and aku rasa makin close plak dengan dia, may be sebab aku banyak gak terlibat dalam aktiviti hidup dia..masalah yang kitorang facing pun hampir sama, so aku pun teringin gak nk tulis blog macam dia.. sebab aku pn ada banyak benda nk diluahkan, nak share dengan somebody pun aku rasa diorang akan kata " peduli apa aku ngan masalah ko ".. better aku tulis jer dalam blog ni, at least aku dh luahkan apa yang aku rasa..aku pernah suruh dia ajar aku macam mana nak buat blog coz aku slalu anggap dia terrer dari aku tapi dia lak tak nak ajar sebab dia ingat aku saja2 buat tak tau..aku memang bengap gak bab2 webpage ni..hehehe

***********************************************************************

so semalam sebab aku dh tension sangat and takde mood nk buat keje, aku terpikir " baik aku explore macam mana nak buat blog ".. explore punya explore, AT LAST.. berjaya gak aku setup satu blog yang dah lama sangat aku teringin nak buat selama ni.. aku namakan blog ni "Soul Protest" bukan sebab keje aku nak protest jer dalam blog nehh, bagi aku jiwa kita slalu memberontak bukan cuma nak lepaskan perasaan tak puas hati jer... kekadang jiwa kita memberontak nak lepaskan atau kongsi perasaan happy, funny, loving, sad and banyak lagi la perkara2 yang berkaitan dengan perasaan. so aku harap (dengan harapan yang aku rasa agak palsu and nak sedapkan hati aku hehehe) ade la orang yang datang singgah blog and share something dengan aku..till then..au revoir