..................................................
Petikan dari Dr. Stephen Carr Leon berbunyi begini :
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk di jadikan tesis ini, iaitu mengapa yahudi bijak? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak unuk melakukan tesis untuk Phd saya, di samping untuk kebaikan umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa selama lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data2 yang setepat mungkin. Antara data2 yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang ibu sedang mengandung, pertama sekali saya perhatikan ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Kemudian ibu dan bapa akan membeli buku mataematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya minat tentang matetmatik tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, " ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau. semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau yang seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik dan boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan. Adalah adat orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu2 yang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Orang2 yahudi gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Merokok ??
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah yahudi,jangan sekali-kai merokok dan tanpa malu mreka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama otak manusia dan akan melekat pada genenetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi cacat otak (atau lembab). Satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA.
Pendidikan
Pemerhatian selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak2 tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacangbadam. Diikuti dengan menelan pil minyak ikan code. Di dalam pengamatan saya, kanak2 yahudi sungguh bijak dan rata2 mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak2 yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dalam pemerhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak2 di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut kajian , memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid2 ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius. Apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek yang mana hanya akan lulus jika 1 kumpulan (10 pelajar) dapat keuntungan sebanyak USD 1 juta! Anda terperanjat? itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik yahudi, maka tidak hairanlah ia menguasai perniagaan dunia!
Siapakah yang mencipta design Levi's yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Ibadah
Pernahkah anda lihat cara orang yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat megaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak ugama lain di timr tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? kegemaran mereka ialah sushi ( ikan mentah ). Adakah ianya satu kebetulan? Fikirkanlah?
...........................................................
So aku rasa setakat ni je lah yang mampu aku bagitau pasal tesis ni, bagi aku yang mana yang baik tu kita jadikan teladan and yang mana yang buruk tu kita jadikan sempadan. Lagipun bagi aku kebanyakan yang diorang amalkan ni sama gak macam sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Cuma kita jer yang kadang2 terlupa, tak tau atau tak pernah nak amik tau pasal sunnah nabi junjungan kita ni. Cuba bayangkan kalau kita amalkan sunnah nabi ni bersama dengan bacaan Al- Quran dan sebagainya, InsyaAllah mesti generasi muslim akan datang bertambah bijak dan bertaqwa.. au revoir........